NASI KERABU KELANTAN


NASI KERABU KELANTAN .

Ini salah satu kegemaran admin :-) . Datang kelantan memang rugi kalau tak cuba rasa , walaupun dekat Kl dan negeri lain ada jual . Kalau nak buat sendiri lagi cun .

 

Nasi:

Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

 

Kuah Tumis:

Santan

7 ulas bawang merah

1/2 labu bawang putih

3 bawang besar

15 cili kering

1 cm halia

1 serai - ketuk

1 asam keping

2 sb gula

Sedikit gula melaka

2 sb budu

Garam (kena rasa masin dulu)

 

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

 

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak.

 

*Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

 

Sambal Kelapa:

1 Ikan kembung - rebus & ambik isi

1/2 biji kelapa parut - goreng

4 bawang merah

2 batang serai

Garam

Gula

 

Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.

 

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.

 

Ulam ulaman

Kacang panjang

Kubis

Timun

Daun kesum

Bunga kantan

Bawang besar

Kacang botol

Taugeh

 

Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal Cili

Cili padi

Cuka

Garam

Gula

 

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.

 

Lauk pauk

Telur masin

Ikan rebus goreng celup tepung

Daging bakar

Daging goreng atau ayam goreng

Keropok atau keropok lekor

Solok lada

Bawang putih jeruk

Atau apa apa jer yang disukai

 

Cara Menghidang:

Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

 

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

 

Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.

 

Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll

 

sumber : Aneka Masakan & Petua Kesihatan Wanita

Comments