Teh Tarik Madu Padu!

 

Lepas balik solat Jumaat ni, meh pekena Teh Ais Madu.... 

baru syiokkk nak masuk ofis semula 😜😜😜

 Kalau nak buat sendiri pun boleh..

gambar instagram @mastikasari66

 

Bahan-bahan:
- 500ml air mendidih
- 3 sudu besar serbuk teh
- 3 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar madu

Cara-cara:
1. Bancuh serbuk teh dalam air mendidih selama lebih kurang 10 minit.
2. Tapis.
3. Masukkan susu pekat dan madu; kacau.
4. Tarik sehingga berbuih.
5. Hidang! Tambah ais jika mahu.

Nak dapat buih yang banyak, pastikan air yang digunakan betul-betul panas. Elakkan juga daripada menggunakan teh uncang kerana bancuhan tidak akan menjadi sepekat yang diingini.

 


Comments